Bila mata melihat,Hati merasa dan Pena mula menari...

Bila mata melihat,Hati merasa dan Pena mula menari...

Rabu, 4 Disember 2013

4.12.13

4.12.2013




Lama rasanya tak menconteng blogger ni....maklumlah sjk th fb,whatup,wechat dll media sosial dh lupe pd yg lama...huhuhuhu....sbnrnya cik tikah still blur2 nk shared ttg pe...tp pe yg skrg cik tikah dpt shared kan ttg keadaan banjir d kuantan...cik tikah pun tak terlepas dr banjir...umh tak naik air tp nk g kerja & bandar mmg susah..mmg blh katekan terputus hbgan..klu nk kuar g kaje kn try2 lalu sini xblh u-trun,lalu kat jln no 2..klu jln no2 xblh jln no3...urm..banjir kali nie ramai yg ckp lagi teruk dr thn2 sblm ini...smp bekalan elektrik terputus..tanah runtuh..jalan runtuh,bekalan makanan hbs..stesen minyak byk tutup cos xde elektrik.....time nie gak lah kite br th sapa yg blh d pangil 'org kesygan' 'sahabat' 'kawan'...huhuh..kdg2 org yg kite xsangka2 akn muncul dpn kite n tanye ttg kite dr org yg kite harapan sll...tapi bg cik tikah pe pun yang dtg dugaan dr Allah..Allah turun bencara kck je nie berbanding dr taufan yang melanda filipina...Allah mungkin nk duga hambaNya dgn ape yg kita ada..pe pun kite kn tawakal n berdoa pd Allah spy Dia tidk bebani kite dgn ujian yg lg dasyat...& kehidupan kn teruskan walaupun pahit n sakit mcm mn pun... ok lah setakat ni dulu cik tikah tulis..Insyallah ada masa,ada idea cik tikah pos tlg yek....Wasalam n papai...

Selasa, 31 Januari 2012

**kpd calon suami ku,ini nsht sy kpd awk..... **


─▄▀▀█▀▀▄
▐▌ BUKA ▐█▄▄█▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄
▐█▄───▄██▀▀█▀▀▀▀▀█▀█▀▀
─▀██▄██▀────────█▀█▀█ Pintu Hati Wanita Pilihan Kamu..

Kemudian,
●●●► Beranikan Diri Pergi Ke rumah Ibubapa Saya,

_____████████████
____███████████████
__██████████████████
█████████████████████
_█_________▄▄▄▄_ ▄▄▄▄_█_
_█__█████_▐▓▓▌_▐▓▓▌_█_ «-- Jmp Ibubpa sy kt dlm rmh 2
_█__█████_▐▓▓▌_▐▓▓▌_█_ & mnx izin utk jd kn ank
_█__█████_▐▓▓▌_▐▓▓▌_█_ mereka sbg permaisuri yg sah d htimu. ;) ♥
_█__█████_▀▀▀▀_ ▀▀▀▀ █ __✿ ✿
_█__█████_____________ █___(\\|/)
_____________██ _____________██

Jumaat, 27 Januari 2012

Istikharah Cinta with Lyrics by Sigma

Wahai jodohku.....

Apa khabar jodohku? Sihatkah? Jujur aku rindu kamu wahai jodohku. Jodohku..kelak, pimpinlah aku dengan pelbagai kebaikan yang nantinya akan membawa Rahmat untuk kita. Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama. Aku mencintaimu secara tulus & ikhlas kerana Allah. Jodohku..sabar dan tenanglah, aku disini masih bersabar menanti mu. Hatimu tidak terluka kan? senyumlah :)

Aku ingin ke syurga bersama mu. Jika benar cinta kerana Allah, mestilah bercinta & sayang sampai syurga kn? Since Jannah is a place no eye has ever seen, I make doa to Allah to reserve it for you ♥




Maaf.....


Hari ini saya dapat satu cerita. Fasal 'maaf'. Terima kasih kepada yang berkongsikan cerita itu kepada saya. Panjang sikit benda ni. Nama pun 'cerita'. ^^

----------------------------------------------------------

Seorang lelaki, amat mencintai seorang perempuan. Lalu bergerak untuk menikahi perempuan yang dia cintai. Perempuan itu, merasakan dirinya terpaksa, dan di awal ketika lelaki itu melamar, perempuan itu bercerita itu dan ini kepada rakan-rakannya, sedangkan perempuan itu tidak mengenali lelaki itu dengan baik pun ketika itu.

Masa berjalan. Nyata sepanjang mereka menjalani proses ta'aruf semasa pertunangan, lelaki itu berbeza daripada apa yang disangka perempuan itu sebelum ini. Tetapi telah terlepas cerita, perasaan tidak senangnya, kepada rakan-rakan yang mengenali. Cerita itu berpindah dari mulut ke mulut, ditokok tambah, disalah faham, dan akhirnya Lelaki itu ditohmah, dicerca, difitnah. Seperti penjenayah layaknya dia dalam hubungan itu.

Lelaki itu pernah berkata: "Wahai tunangku, bersihkanlah semula namaku. Tidakkah engkau sekarang bahagia?"
Perempuan itu menjawab: "Alah, perkara sudah berlalu. Janganlah dikau simpan di dalam hatimu. Kita kena memaafkan orang. Jadi pemaaf."
Mudah. Lelaki itu tersenyum kelat. Dan diam.

Masa berjalan, dan mereka selamat melangsungkan perkahwinan.
Sehari selepas itu, lelaki itu membawa isterinya ke satu padang.
"Pinjam phone awak, sayang."
"Nah. Nak call siapa? Kenapa tak pakai awak punya phone?" Isterinya bertanya.
Tanpa menjawab, lelaki itu terus melempar telefon isterinya ke hujung padang.
Si isteri terdiam.
Kemudian lelaki itu memandang kepada isterinya.
"Maafkan saya." Dia bersuara.
Si isteri masih tergamam. Lelaki itu pergi ke hujung padang, dan mengambil telefon bimbit itu semula. Casingnya telah retak.
"Nah, saya bagi semula. Maafkan saya." Lelaki itu meletakkan telefon isterinya pada tangan isterinya.
"Ke... kenapa...?" Isterinya terketar-ketar. Perasaan bercampur baur. Matanya bergenang.

Lelaki itu sekadar tersenyum.
"Awak. Lihat. Apakah apabila saya minta maaf kali pertama itu, phone awak akan kembali, kalau saya tidak pergi ambil?"
Diam.
"Kemudian awak lihat. Apakah apabila saya minta maaf kali kedua itu, phone awak yang dah retak ini, terus menjadi seperti sebelum saya baling?"
Diam. Air mata mula mengalir.
"Dan bayangkan kalau saya tidak ambil semula. Dan saya sekadar cakap pada awak: Maafkanlah saya. Kita kena memaafkan orang. Jadilah pemaaf. Apa awak rasa? Apakah phone awak akan automatik kembali kepada tangan awak dalam keadaan baik?"
Dan air mata itu mengalir deras.

"Sayang, maaf tidak boleh memutarkan waktu. Dengan kita bersungguh menebus kesalahan kita, cuba perbaiki keadaan yang telah kita kucar-kacirkan, pun tetap tidak boleh memutarkan waktu. Yang terjadi telah terjadi. Tetapi sekurang-kurangnya, itu menunjukkan kesungguhan kita dalam meminta maaf, menenangkan sedikit, mengubat sedikit, hati orang yang telah kita lukakan."

"Hati saya lebih fragile daripada phone awak, awak tahu?" Dan lelaki itu menarik perempuan itu pada dakapannya. "Awak kena tebus salah awak, dengan menjadi isteri yang baik kepada saya."

Dan perempuan itu tidak mampu berkata-kata.
Pada kala itu, di dalam jiwanya hanya ada satu harapan:
"Kalaulah boleh diputarkan masa. Sungguh, dia selama ini telah melukakan orang yang amat mencintainya."

------------------------------------------------------------------
Saya 'spice up' sikit cerita ni. Haha. ^^
Tapi moral of the story, macam itulah. Kita ini, kadang-kadang bila buat salah pada orang, kita senang sahaja nak claim pada orang itu agar jadi pemaaf. Sedangkan, kita pula, meminta maaf sambil lewa sahaja.

Kita terlupa, bila kita ketuk paku pada dinding, kalau kita cabut balik semula pun, bekasnya tetap masih ada.

Maka sebaiknya kita berfikir 1000 kali sebelum sakitkan hati orang, fitnah orang, cerca orang, dan kalaulah 'ter'buat juga, usahalah bersungguh-sungguh menebus kesalahan kita. Jangan sekadar pandai mengucap 'maaf' sahaja.


-Hilal Asyraf- 
*sy jmp crt ini dr kwn fb sy n bg sy crt ini mahu d shared kpd rkn2 fb sy spy menjd iktibar*

Sabtu, 31 Disember 2011

Jgn kite @ generasi akn dtg jd mcm mamat 3 org ne.....



Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia meon, sorang tu doga dan sorang lagi samat. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam tak senang duduk. Pada satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni.

Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti.

Si "meon" pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan" .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.
Tok imam pun suruh "meon" azan. Tanpa berlengah terus je "meon" azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala...". Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada "meon"dan menyuruh Tok Bilal azan semula. Terselah kejahilan "meon".

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak khusyuk jugak lagi...
Masuk je kali ketiga, "Dogo" panggil tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.

"Dogo" pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba-tiba je si "Dogo" ni pusing ke belakang dan berkata, "Aaa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" Lalu batallah solat "Dogo". Yg lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun mintak pulak si "samat" jadi imam. Si "samat" pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg wirid-wiridnya sekali. Punyalah respek tok imam kat si "samat" niii...
Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si "samat" ni... Tapi dgn bongkaknye si "samat" berkata,

"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..."

mengucap panjang Tok imam....... nasib baik takde sakit jantung... sekian...:)

**jangan main2 dalam solat ye.. solat tu tiang agama.. kalau rumah takde tiang canne la???? fikirkan...

Jumaat, 30 Disember 2011

Luahan Hati ku kpd insan bergelar ATOK


Angin ptg menghembuskan bayu tenang,langit pula mendung mengarak awan…..aku berdiri d tepi tingkap sambil melihat awan biru yg berarak mendung,semendung hati aku yg merindui seorg insan yg ingin aku jmp,peluk dan cium…

“Atok…atok pergi mn slm ne??? puas tikah cr atok..tikah xth nk cr atok xkat mn lg,tikah just th no.polis atok,nama atok je dan atok asl dr kampong mn je…knp atok xdtg cr tikah??? Atok lupe yek atok ader ank cucu kat Kuantan?? Atok xrindu kami ke?? Mcm mn wjh atok yek?nenek sll ckp bulu kening tikah sebijik mcm atok..tikah nk sgt jmp atok sblm tikah pergi jauh…” Soalan tulah yg sll aku tanye bl tgk gmbr atok n nenek.Aku sll tgk gmbr atok kdng2 aku peluk cium gmbr tu smp tdo.Hny gmbr shj yg mengenalkan aku dgn wjh atok,wjh yg tidak pernah aku lihat @ sentuh sjk aku lahir d muka bumi ini.

Ms ting.2 aku mimpi atok..atok dtg cr aku smp kat sklh...ms tu aku punye lah gembira ht Tuhan je yg th,bl aku tanye atok dr mn dpt th aku sk lah situ atok jwb dgn ringkas je``adalah” pastu atok senyum,senyuman tu manis n tenang je bl d lihat,dgn pakai atok berjubah putih,wjh atok putih bersih je wkt tu,Ya Allah tenang je aku melihatnya……pastu aku bgn tgk2 air mate mengalir d pp,pastu aku crt kat nenek,rupe2nye nenek pun sm dgn aku mimpi psl atok,atok dtg kpd nenek dgn pakaian jbh putih jg n tuntut janji mereka ms muda dulu,janji ingin menunaikan haji bersama. Sedih hati bl teringat mimpi tu…sjk aku mimpi psl atok,aku nekad n pujuk hati ku ini spy tabah memcari atok walau apa terjd.

Kdng2 bl aku keluar aku sll jmp seorg atok memegang tangan cucu dia @ mendukung cucu dia…ht aku terdetik berkata bertuahnye bdk tu,bkn mcm aku…bl tgk gmbr lak ader kwn2 yg letak gmbr dgn atok n nenek….aku nk sgt2 mcm tu….walaupun dpt 1 gmbr pun ckp lah…ader atok,nenek,ayah,mak n aku…..tu dh cukup bg aku….

Aku sll berdoa agr d pertemukan dgn atok secepat mungkin,tp aku th doa xjd jika kite xberusaha sendiri…tp mcm ne nk cr?? Dr mn nk mule dgn hanye sedikit maklumat shj,aku pernah cb tanye kpd persatuan bekas polis,aku pernah tanye kwn2 yg ayh mrk polis…tp hampa semua.Aku nk sgt3 melihat wjh atok aku,jk Allah menemukan aku n atok swkt atok,aku nk berbakti kpd dia..nk curahkan ksh syg sbg seorg cucu kandung & aku nk merasa kasih syg seorg atok kpd cucu. Namun jika sebaliknya,aku redha walaupun pht tuk aku hadapi….

Ya Allah,knp terlalu brt ujian ini tuk aku trm n tempoh…Kau temukan lah aku dgn atok aku..hati ini terlalu rindu tuk bertemu dgn atok…aku terlalu rindu pd insan itu,insan yg tdk pernah aku lihat sjk lahir d muka bumi ini….walaupun aku hanye dpt berjmp dgn atok tuk seketika,itu sdh ckp bg aku dr aku tdk berjmp bt selama2nya,SesunguhNya kau tmp ku mengadu dan memintan pertolongan…Amin.